Senarai Servis Towing Kereta Murah Di Kota Kinabalu KK -Informasi

15 April 2017 | 12:47 pm

Senarai servis towing tunda kereta harga murah di kawasan Kota Kinabalu (KK) Sabah. Bagi yg memerlukan khidmat servis tunda kereta berikutan kenderaan kemalangan atau mengalami kerosakan di tengah jalan, Towing Service Kota Kinabalu sedia membantu anda dmn jua asalkan anda berada di kawasan Kota Kinabalu Sabah. Kami beroperasi 24 jam sehari meliputi kawasan Kota Kinabalu sahaja.

Hubungi Servis Towing Kereta Murah Di Kota Kinabalu KK

Kecemasan Sila hubungi : 013 881 0882

Liputan Kawasan Towing Kereta

  • Kawasan Operasi: Seluruh Kawasan di Kota Kinabalu Sabah
  • Khidmat: Beroperasi 24 Jam Setiap Hari (Sila Call 013-881 0882)

Senarai Harga Servis Towing Kereta Kawasan Kota Kinabalu

Harga Servis Towing Kereta Bermula dr RM300* (Harga Boleh Runding)

  • Harga bergantung kpd jarak atau lokasi
  • Jenis Kenderaan
  • Berat Kenderaan
  • Keadaan trafik jalan

Senarai Perkhidmatan Tunda Kereta

  • Menunda kenderaan yg rosak atau kemalangan
  • Menunda untuk jarak dekat (local) & jarak jauh (long distance), 24 jam & 7 hari.
  • Memindahkan pelbagai jenis kenderaan dr sesebuah lokasi, seperti 4X4, trak, lori, bot, & sebagainya.
  • Bantuan kecemasan, kerosakkan, & sebagainya.
  • Menunda kereta anda ke bengkel yg dipercayai & harga berpatutan.

Kenapa Wajib Memerlukan Khidmat Kami

  • Harga Towing boleh runding
  • Khidmat pelanggan terbaik & mesra
  • Tiada cas tersembunyi
  • Jujur & amanah

Hubungi Khidmat KK Towing Service

Hubungi: 013 881 0882

Laman Web: https://towingservicekk.com

Facebook: KK Towing Service

8cf media

Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia -Informasi

12 April 2017 | 6:46 am

Tarikh bila sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia. Jasa seorang ibu tiada tolak bandingnya dan tidak terbalas dengan kata-kata. Untuk info, perayaan untuk meraikan jasa seorang ibu di Malaysia jatuh pada setiap Ahad minggu kedua pada bulan Mei 2017. Ini bermakna, negara kita Malaysia akan menyambut perayaan hari ibu pada Ahad 14 Mei 2017. Sebagai seorang insan bergelar anak, ini adalah masa yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama ibu selagi mereka masih bernyawa dimuka bumi ini. Sesungguhnya, pengorbanan seorang ibu adalah sangat besar dan tidak ternilai.

Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia

Dengan memberi penghargaan atau hanya sekadar ucapan, sudah cukup membuatkan seorang ibu itu terharu. Bagi yang berkemampuan, anda boleh memberikan hadiah atau meluangkan masa dengan membawa si ibu bersiar-siar.

Tips Hadiah Atau Pemberian Sempena Hari Ibu

Berikut adalah pemberian yang boleh anda berikan kepada ibu anda contohnya seperti:

  • Kata-kata ucapan
  • Kad Ucapan
  • Hadiah
  • Membawa bersiar-siar
  • Membawa ibu ke restoran untuk jamu selera bersama

Hukum Perayaan Hari Ibu Bagi Muslim

Perayaan Hari Ibu pada kurun ke 20-an sebenarnya bukanlah merayaan pengorbanan jasa seorang ibu. Hari Ibu pada era 20-an sebenarnya merayakan dewa greek iaitu Cybele dan merayakan “Biriawati” atau “Mother” di Gereja bagi agama Kristian. Namun pada zaman moden sekarang dan mengikut arus semasa, perayaan “hari ibu” telah diubah untuk merayakan pengorbanan jasa seorang ibu.

Bagi umat Islam, setiap hari adalah hari ibu. Tiada waktu khusus untuk meraikan hari ibu. Namun, bagi umat islam yang ingin merayakan hari ibu, adalah tidak salah asalkan tidak membazir dan lebih baik adalah bersedehana.

8cf media

Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017 -Informasi

8 April 2017 | 4:16 pm

Berita terkini pesawat MAS MH2718 terbabas & hampir terhempas di Sibu Sarawak pd 8 April 2017. Sebuah pesawat Malaysia Airlines dgn kod penerbangan MH2718 dr Kuala Lumpur ke Sibu terbabas di lapangan terbang ketika mendarat cemas tepat pd jam 10.17 malam berpunca akibat hujan lebat serta tiupan angin kencang. Menerusi perkongsian salah seorang mangsa nahas tersebut, tiada kecederaan & kematian dilaporkan susulan insiden berkenaan. Difahamkan siasatan awal mendapati pesawat MH2718 terbabas dr landasan ketika mendarat & menggelongsor keluar dr landasan berikutan keadaan landasan licin.

Kenyataan Mangsa kjadian Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8.4.2017

Emergency Evacuation dlm hujan sebab landasan licin, kapal terbang terbabas ke padang bahagian tepi landasan. Syukur Alhamdulillah. Semua selamat. Priority saya, Ibu & Bapa saya. Mereka yg paling saya risaukan. Barang semua terpaksa ditinggalkan dlm kapal terbang. Semua panik, takut kapal meletup. Nasib baik tak terjadi.

Alhamdulillah kesemua kami (61 orang penumpang & 6 orang krew selamat). Allahu. Innalillahi wa innailaihi raji’un. Flight MAS MH2718 KUL – SBW.

Saksi- Mohd Nikman Bin Hashim

Detik Cemas Mangsa Pesawat MAS MH2718 Sebelum Terbabas

Cerita sebelum berlepas dr KLIA. Hati rasa x senang, tapi tak diendahkan. Dibiarkan jugak. Waktu naik flight, xda selera makan. Makan sikit jer, walaupun lapar. Paling tak senang, waktu nak mendarat, ada baby crying, non-stop. Waktu percubaan landing pertama, hati rasa x senang, sebab ada baby x stop menangis & hujan pulak lebat. Percubaan landing pertama gagal.

Percubaan kedua pulak dilakukan selepas lebih kurang 20 minit berlegar2 di ruang angkasa Sibu. Baby msh lagi x berhenti menangis. Masa nampak jer kapal terbang dah masuk landasan, hati terus berdebar-debar. Tak tau sebab apa. Masa dah touch down, nampak dr cermin, kapal terbang dah kat tengah-tengah landasan, tapi makin bergerak ke tepi & semakin ketepi.

Then nampak kapal terbang masuk ke padang sebelah landasan, bunyi kuat kat bahagian tayar, terus saya tunduk (posisi selamat) sambil mengucap. Allahu. Rasa macam dekat sgt dgn kematian.

Lepas kapal terbang berhenti, lega seketika, tapi terlintas di fikiran, macam mana kalau kebakaran?. (nauzubillah min zalik). Terus usaha nak cepat2 evacuate. Mak & bapak kat depan, saya hanya fokus kpd org tua, semoga tak terjadi apa2 pd mereka.

Alhamdulillah mereka selamat. Kami semua 61 penumpang & 6 krew selamat evacuate. Jelas mangsa dikenali sbg Mohd Nikman Bin Hashim.

Gambar Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017

8cf media

Akim & Stacy dedah wajah anak di Instagram (6 Gambar) -Gosip

3 April 2017 | 1:00 am

Akim & Stacy telah bersedia untuk berkongsi gambar terbaru anak mereka, Eshal yg telah dilahirkan awal Februari lalu. Malah kini peminat boleh menjadi pengikut anak mereka di laman Instagram dgn nama, @eshaal_1717. Dipetik Akim berkata


Assalamualaikum semua, hari ini Eshaal sudah 44 hari usianya. Sekarang ini, Eshaal kuat minum susu & tidur saja kerana nak besar seperti Beyya. Terima kasih yg mendoakan kesihatan & kesejahteraan anak kami. Muka Eshaal banyak ikut mummy atau daddy



Akim AF7 Akim Ahmad Stacy Angie


Check Also




Sharnaaz Ahmad telah menikahi Noor Nabila dgn sekali lafaz tepat jam 9.15 malam semalam. Nabila …

8cf media

Adakah lelaki dalam gambar ini kekasih Fasha Sandha? -Gosip

3 April 2017 | 12:30 am

Fasha Sandha telah mengakui kepada media bahawa dia kini sedang berkenal rapat dengan seorang jejaka malah anak-anak Fasha juga dikatakan sudah bertemu dengan lelaki itu.

Namun begitu, sehingga hari ini masih tiada tanda-tanda Fasha Sandha mendedahkan identiti jejaka bertuah yang menerangi hidupnya sekarang. Akan tetapi, baru-baru ini terdapat sumber kuat mengatakan Fasha Sandha telah bergambar dengan teman lelakinya ketika sambutan hari jadi Fasha yang ke-33.

Hmm adakah lelaki di dalam gambar ini jejaka yang dimaksudkan Fasha?

8cf media

Datuk Seri Vida bakal bercerai? -Gosip

2 April 2017 | 5:17 pm

Pernah heboh pada tahun lepas apabila gosip mengatakan rumah tangga Datuk Seri Vida sedang bergolak walaubagaimanapun ia telah dinafikan. Namun perkahwinan yang dibina itu sudah tidak dapat bertahan lagi apabila Datuk Seri Vida mengakui beliau dan suaminya sedang dalam proses perceraian.

Dipetik Datuk Seri Vida berkata


Buat masa ini lebih baik saya berdiam diri kerana dibimbangi ia akan mengeruhkan keadaan. Insya-Allah jika ada perkembangan lanjut saya akan kongsikan kepada anda semua

Sebagai nota, perkahwinan beliau dengan Fairuz Ahmad merupakan perkahwinan ketiganya dan mereka bernikah pada tahun 2014.

8cf media

Sekitar Majlis Pernikahan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila (27 Gambar) -Gosip

1 April 2017 | 3:08 pm

Sharnaaz Ahmad telah menikahi Noor Nabila dgn sekali lafaz tepat jam 9.15 malam semalam.

Nabila telah menerima mas kahwin sebanyak RM1000 manakala wang hantaran telah dirahsiakan. Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana & kemudian majlis pernikahan diadakan di Grand Ballroom, Royal Chulan Damansara.

Majlis resepsi akan diadakan esok (2 April 2017) di Royal Chulan Damansara manakala disebelah pihak lelaki akan diadakan di Quay Convention Centre, Pulau Pinang pd 8 April ini.

8cf media